Lepas jadi guru betul dh keluar maktab saya belajar menjahit lagi dengan KEMAS, bekas pekerja Butik Ruby Fesyen dan juga dengan tukang jahit cina yang berpengalaman.Boleh buat macam baju kurung, jubah, blaus, seluar dan baju melayu. Tapi oleh kerana pelanggan terdiri dr rakan sejawat para guru semua nak baju kurung je, dah kurang mahir lak buat yang lain-lain. Boleh ingat lagi sebab saya ada buku menjahit berlambak-lambak.
2 mesin ini untuk menyulam. Pakai jenama Epal mudah dan cepat. Yang lagi 1 Singer tak berapa best.
Mesin ni dah bebelas tahun usianya tapi masih baik dan berbakti kepada tuannya lagi. Jarang meragam.
Meja ni pun ditempah khas bagi memudahkan urusan menggunting dan menyimpan barang.
Saya ada 4 mesin jahit. memang suka mesin jahit. Saya ada bilik khas untuk menjahit. Siap ada hawa dingin. Begini lah hobi saya yang boleh mendatang kan wang. Boleh bayar ansuran kereta anak tau...